Harga minyak lebih bebas?

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Kerajaan bersedia mengubah mekanisme penentuan harga minyak petrol RON97 kepada apungan bebas sekiranya wakil-wakil penjual minyak tempatan mahu melaksanakannya.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pada masa sekarang penentuan harga RON97 ditentukan secara apungan terkawal, yang mana pengiraannya dibuat mulai 1 hingga 27 hari bulan bagi setiap bulan.
Sebagai contoh, beliau berkata, kenaikan harga RON97 pada awal Februari ini dibuat berdasarkan kenaikan harga pasaran minyak dunia pada Januari lalu.
”Penentuan kenaikan harga RON97 baru-baru ini dibuat selepas kita memantau pergerakan harga minyak global mulai 1 Januari hingga 27 Januari lalu.
Utusan Malaysia Online – Ekonomi.
Share this:EmailPrintFacebookTwitterDiggRedditStumbleUponLike this:LikeBe the first to like this post. 1 Komen

Artikel LAIN:


Powered by : Crystal X Asli